Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan pandai besi yang mahir...hubungi 019-5234612 (Hairuddin Mohd Sham)....

Blogger Backgrounds

Tuesday, June 12, 2012

Koleksi

Kapak

Mata Golok

Pedang





Golok




Golok merupakan peralatan yang dihasilkan dari besi. Golok digunakan sebagai senjata oleh orang Melayu pada masa dahulu. Golok juga merupakan peralatan keperluan dalam kerja-kerja seharian. Pada masa kini ramai yang menjadikan golok sebagai koleksi peribadi kerana kecantikan hasil kerja seni pandai besi dan pengukir yang menjadikan golok amat dihargai keseniannya.

Di Perak, Perlis dan Kedah, golok dikategorikan sebagai separa senjata. Golok digunakan dalam kerja seharian seperti menyembelih binatang, memotong daging, menyiang ikan, menebas dan sebagainya. Antara golok yang biasa digunakan ialah:

a) Golok Perak
b) Golok Kedah



D

Friday, June 8, 2012

Seni pertukangan besi berbeza daripada pertukangan tembaga dan lain-lain logam. Barang yang diperbuat daripada besi lebih merupakan alat-alat senjata dan alat-alat yang digunakan oleh manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Antara alat-alat senjata yang dihasilkan termasuklah keris, parang, pisau, cangkul, lembing dan sebagainya. Setiap pandai besi mempunyai kebolehan dan kepakaran tersendiri bagi mengikut kehendak penempa.
Mengikut kenyataan Winstedt, pertukangan besi bukanlah suatu yang asing di kalangan masyarakat Melayu kerana mereka telah menggunakannya sejak berabad lamanya. Dari segi sejarah pula, keris merupakan salah satu produk pertukangan Melayu sejati yang berasal dari rantau ini.
En. Hairuddin Mohd Sham merupakan antara individu yang mewarisi dan meneruskan kesinambungan seni pertukangan besi ini. Dengan pengalaman melebihi 20 tahun, beliau merupakankan pandai besi yang mahir dan diiktiraf.