Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan pandai besi yang mahir...hubungi 019-5234612 (Hairuddin Mohd Sham)....

Blogger Backgrounds

Friday, June 8, 2012

Seni pertukangan besi berbeza daripada pertukangan tembaga dan lain-lain logam. Barang yang diperbuat daripada besi lebih merupakan alat-alat senjata dan alat-alat yang digunakan oleh manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Antara alat-alat senjata yang dihasilkan termasuklah keris, parang, pisau, cangkul, lembing dan sebagainya. Setiap pandai besi mempunyai kebolehan dan kepakaran tersendiri bagi mengikut kehendak penempa.
Mengikut kenyataan Winstedt, pertukangan besi bukanlah suatu yang asing di kalangan masyarakat Melayu kerana mereka telah menggunakannya sejak berabad lamanya. Dari segi sejarah pula, keris merupakan salah satu produk pertukangan Melayu sejati yang berasal dari rantau ini.
En. Hairuddin Mohd Sham merupakan antara individu yang mewarisi dan meneruskan kesinambungan seni pertukangan besi ini. Dengan pengalaman melebihi 20 tahun, beliau merupakankan pandai besi yang mahir dan diiktiraf.

1 comment: